Selamat datang ke Sistem OnPay untuk MADRASAH AT-TAKLIMIAH AL-KHAIRIAH.
Periksa URL anda dan pastikan bahawa anda telah memasukkan URL yang betul.
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN MADRASAH AT-TAKLIMIAH AL-KHAIRIAH
Madrasah
ini ditubuhkan pada tahun 1992 oleh Allahyarham Ustaz Haji Muhammad Shauki bin
Haji Ibrahim (bekas Adun Langgar). Madrasah ini merupakan sebuah Sekolah
Menengah Agama Rakyat yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat.
Sejarah
penubuhan MTK bermula sekitar tahun 40-an. Ianya bermula atas daya usaha
Allahyarham Tuan Guru Haji Wahab bin Lebai Idris yang mewakafkan tanahnya untuk
dijadikan tapak pengajian dan seterusnya menjemput Allahyarham Tuan Guru Haji
Ibrahim (ayahanda Allahyarham Ustaz Haji Shauki) untuk menetap dan membuka
sebuah sekolah sebagai pusat pengajian agama di Kampung Tok Keling. Pada ketika
itu, pengajian dijalankan mengikut system pondok dan ianya berterusan sehingga
ke tahun 1968.
Alhamdulillah,
dengan berkat keperihatinan, sokongan dan sumbangan daripada masyarakat, para
dermawan dan pencinta Islam, MTK sejak penubuhannya pada tahun 1992 telah
semakin dikenali dan diterima sebagai pusat pendidikan dan penyebaran dakwah
oleh masyarakat umum. Syukur juga dipanjangkan ke hadrat ilahi kerana hasil
kesedaran para ibu bapa yang ingin melihat anak jagaan mereka membesar dengan
didikan dan suasana Islam, permintaan dan kepercayaan terhadap MTK telah
meningkat dari tahun ke tahun.
MTK kini
bukan sahaja berperanan sebagai pusat pendidikan dan penyebaran dakwah tetapi
telah melangkah setapak lagi dengan menjadi pusat untuk peperiksaan awam
seperti PT3 (Dahulunya Penilaian Menengah Rendah-PMR), SPM (Sijil Pelajaran
Malaysia) dan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia). Kelebihan ini telah
menjadikan MTK sebagai tempat tumpuan dan bersandar sekolah-sekolah agama
rakyat yang lain bagi menumpangkan calon mereka menduduki peperiksaan awam
sepertimana di atas, disamping MTK sendiri menghasilkan calon peperiksaannya
yang dididik sejak tingkatan satu hingga tingkatan enam. Semoga di dalam
usianya yang masih muda ini, MTK terus berkembang maju dan menyumbang bakti
kepada agama, bangsa dan negara Malaysia yang tercinta.